CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 13, 2008

VISI

Visi Jabatan Kerja Raya ialah menjadikan Jabatan Kerja Raya sebagai Pengurusan Aset Fasiliti Jalan yang berteraskan kreativiti dan inovasi modal insane serta teknologi terkini.

MISI

Kami memberi perkhidmatan dan perundingan teknikal kepada kerajaan dalam pengurusan aset fasiliti secara professional dan kos yang efektif. Kami komited untuk mencapai kecemerlangan dalam melaksanakan penyelenggaraan fasiliti dengan amalan terbaik dan teknologi terkini untuk memenuhi kepuasan pelanggan. Kami juga bertekad untuk membangunkan kecemerlangan modal insane yang pakar, kreatif dan inovatif dalam Pengurusan Aset Fasiliti.
Kami juga adalah Jabatan Teknikal dalam Jabatan Infrastruktur Nasional. Kami juga mempunyai berbagai peraturan kepiawaian untuk memastikan latihan terbaik dalam penasihat teknikal, projek pengurusan dan aset/fasiliti pengurusan. Kami perlu bekerja keras untuk mendapatkan kualiti yang lebih baik untuk kakitangan kami. Kami juga mempunyai nilai kejujuran dan pendirian. Jabatan Kerja Raya juga perlu komited dengan bekerja keras supaya pembangunan berlanjutan untuk mendapatkan manfaat dari semasa ke semasa dan generasi masa depan yang lebih baik.
OBJEKTIF JKR

Jabatan Kerja Raya mempunyai beberapa objektif. Antaranya ialah :-

a) Memastikan semua fasiliti JKR sentiasa berfungsi dengan sempurna, selamat dan selesa.
b) Mengekalkan kefungsian fasiliti JKR bagi memenuhi cirri-ciri teknikal dan ekonomi untuk mencapai nilai kos pusingan hayat yang optimum (optimum life cycle cost).
c) Memastikan perkhidmatan senggara fasiliti JKR yang cemerlang dan kos berkesan serta memenuhi kepuasan pelanggan.
d) Ke arah penyerahan 100% projek mengikut jadual perlaksanaan yang dipersetujui dan ke arah perbelanjaan perlaksanaan projek mengikut kos yang dipersetujui.

Ke arah aduan sifar daripada pelanggan bagi perkhidmatan yang diberi dan projek
yang diserahguna.

0 comments: