CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 13, 2008

KESIMPULAN
Dengan kajian yang kami lakukan, kami dapati Jabatan Kerja Raya juga menggunakan system dan kemudahan-kemudahan tertentu. Antara sistem yang digunakan ialah Skala, Penilaian Tahap Kecekapan, Sistem Pengurusan Kualiti dan Sistem Sepakat. Manakala kemudahan yang JKR gunakan ialah Pantas (direktori telefon), I-Supervision, USP dan Laman Web Bencana Alam.
Sistem dan kemudahan ini banyak membantu perjalanan organisasi Jabatan Kerja Raya. Dengan sistem-sistem ini, ia memudahkan kakitangan JKR membuat kerja yang diperlukan dengan secepat mungkin. Aktiviti-aktiviti ini dapat membantu pengeluaran dan perkhidmatan JKR berjalan dengan lancar dan secara tidak langsung ia memberi kepuasan kepada pelanggan.

Selepas kajian yang kami lakukan, ia dapat memberi gambaran kepada kami terhadap sistem yang JKR gunakan dalam organisasi. Sistem yang digunakan tidak jauh beza dengan sistem organisasi swasta. Secara tidak langsung ia dapat memberi kami pengetahuan untuk menggunakan sesuatu sistem itu.

0 comments: