CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 13, 2008

SISTEM & KEMUDAHAN

a) SKALA

Skala ini digunakan adalah untuk Sistem Kontrak, Selia dan Lapor. Sistem ini digunakan sejak tahun 1985 dengan Keluaran 1. Pada masa kini, sistem ini telah sampai Keluaran 9.


Bagaimana Skala digunakan

Pihak pengurusan dapat menghindarkan pergantungan kepada penyediaan dan maklumat laporan pemantauan projek JKR Malaysia melalui kaedah pengemaskinan yang tidak tepat.
Sistem SKALA juga dapat mengumpulkan data bagi tujuan analisis ke atas penambahbaikan pemantauan projek JKR. Pihak JKR juga dapat mempertingkatkan lagi pengurusan yang bersistematik termasuk pemantauan dan pengawalan pelaksanaan projek berdasarkan kepada pengukuran tertentu seperti Jadual Perancangan Pelaksanaan Projek supaya dapat mencapai objektif kualiti JKR untuk menambahkan lagi imej JKR dan keyakinan pihak pelanggan.
Produktiviti JKR meningkat di mana perancangan dan pelaksanaan projek dapat dipantau secara lebih berkesan hasil dari maklumat yang diperolehi secara telus dan terkini. Maklumat dari Sistem SKALA juga disalurkan kepada Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Secara tidak langsung, Sistem ini juga ada memberikan munafaat di peringkat negara.
b) Sistem Pengurusan Kualiti

Sistem pengurusan kualiti ini, adalah untuk membantu kakitangan JKR mengemaskini pengurusan kualiti terhadap kerja-kerja yang dilakukan. Ia juga membantu kakitangan JKR untuk melihat kualiti kerja yang diperlukan oleh pelanggan. Ini secara tidak langsung dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.

c) Sistem Penilaian Tahap Kecekapan

Sistem ini disediakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menduduki peperiksaan dan kursus-kursus PTK bagi setiap kakitangan. Sistem ini adalah untuk menilai tahap kecekapan setiap kakitangan JKR sebelum memulakan pekerjaan. Selepas menilai tahap kecekapan, setiap kaitangan akan diberikan jawatan yang sesuai mengikut kelayakkan dan pengalaman yang ada serta dari Penilaian Tahap Kecekapan ini.

d) Sistem Sepakat
Sistem sepakat ialah Sistem Pengurusan Kakitangan yang digunakan di Jabatan Kerja Raya di Malaysia. Sistem sepakat ini sesuai digunakan oleh semua penyelaras sepakat disemua cawangan JKR, JKR negeri, Unit Khas dan juga peringkat Kementerian. Objektif system ini ialah untuk mengwujudkan satu system maklumat personal piawai yang digunakan disetiap pejabat yang ditentukan didalam organisasi Kerja Raya, membantu pejabat yang terlibat dengan urusan perkhidmatan personal untuk mengesan dan melaksanakan aktiviti perkhidmatan dengan cekap dan berkesan. Ia juga mengwujudkan saluran pelaporan maklumat personal dari pejabat punca perlaksanaan aktiviti perkhidmatan kepada pangkalan data pusat dengan lebih berkesan dan tepat. Ini juga untuk memberi kemudahan maklumat pengurusan personal yang lebih cekap dan berkesan kepada pengurus-pengurus personal membuat keputusan di dalam tugasnya.

e) Pantas

PANTAS adalah direktori telefon untuk digunakan oleh kakitangan kami. Ini digunakan adalah untuk memudahkan kakitangan kami berhubung antara satu sama lain sama seperti penggunaan skala. Ini juga dapat menjimatkan masa kami dengan menyampaikan segala maklumat dengan cepat dan tepat.

f) I-Supervision

I-Supervision adalah penggunaan Internet Supervision. Ini adalah untuk membantu JKR pengurusan atasan dan pengurus projek menguruskan semua infrastruktur projek seperti bangunan, pelabuhan, lapangan terbang, jambatan dan sebagainya.

g) USP
USP ialah Unit Perunding ICT JKR. USP ini disediakan untuk membantu komuniti desa membuat aduan kerosakkan secara On-line. Di laman web ini juga terdapat Automasi Pejabat. Antaranya ialah e-Servis, e-Matrix, e-Pengurusan, e-Senggara, e-Rawatan, EMAL, USPRCS dan Jadual Kadar Harga Elektrik.

h) Laman Web Bencana Alam
Bencana Alam Website
Laman Web ini membantu Jabatan Kerja Raya untuk melihat bencana alam yang berlaku di seluruh negeri di Malysia. Dengan laman web ini, ia dapat memudahkan organisasi mengetahui masalah dan dapat menyelesaikan masalah secepat yang mungkin. Antaranya ialah:
* Banjir
* Tanah Runtuh
* Kerosakkan Jalan Raya dan lain-lain.

0 comments: