CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 13, 2008

PERANCANGAN

Agensi-agensi yang ingin melaksanakan sebarang perolehan kerja, perlu terlebih dahulu mengambil kira perkara-perkara berikut :-

* Ringkasan Projek. Menyediakan ringkasan projek jika projek baru, dengan memberi butir-butir mengenai tujuan projek dan rekabentuk projek secara am.

* Pemilihan Tapak / Pengambilan Balik Tanah. Adalah tanggungjawab agensi pelaksana untuk memilih tapak dan juga mengambil tindakan-tindakan seterusnya untuk pengambilan tanah sebelum projek bermula.

* Peruntukan/Pembiayaan. Semua ketua agensi perlu memastikan bahawa agensinya sedia mempunyai peruntukan Belanja Mengurus atau Pembangunan yang diluluskan sebelum sebarang perolehan kerja dibuat.

* Perlantikan Kontraktor. Semua perolehan kerja kerajaan hendaklah dibuat dengan melantik kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor. Kontraktor yang mengambil bahagian dalam perolehan hendaklah berdaftar mengikut kelas, kepala & sub-kepala yang bertepatan dengan perolehan yang dibuat. Agensi perlu mengenalpasti dan memastikan perolehan yang dikhaskan kepada Kontraktor Bumiputra selaras dengan peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

0 comments: